Selasa, 19 Januari 2010

KALONG EDISI NOVEMBER 1987




















Sidang pengarang
1. Penasihat- Hj. Zainuddin Jumaat
2. Ketua Pengarang- Masli N.O
3. Penolong Pengarang- Abdul Rafar b. Mohamad
4. Pengarang- Zamani Ali, Zainal M. Ghazali, Rosli Osman, Rahim Ali, Rosli Sodarman dan Masri Silong
5. Pelukis- Osman Limat


Sedutan Kalong Edisi November 1987:

DARI KETUA PENGARANG

Selepas Hari (Keramat) Sastera

HARI (Keramat) Sastera telah pun berakhir. Yang tinggal dan kekal di dalam ingatan hanyalah cebis-cebis kenangan kesan dari pertemuan tersebut. Baik manis mahupun pahit, itulah hakikat dari sesuatu pertemuan ataupun perjumpaan, apalagi yang diberikan nama besar begitu.

Tetapi tugas kita sebagai penulis tidak bermakna telahpun selesai atau sempurna seperti mana berakhirnya Hari Keramat tersebut. Malah lebih jauh dari itu, selepas begitu banyak tenaga, masa dan harta benda dicurahkan untuk Hari Keramat tersebut, pastilah kita mengharapkan pula pulangan dalam bentuk lain iaitu karya yang baik dan lebih meningkat mutunya.

Lalu di sinilah cabaran besar yang harus dipenuhi oleh seluruh diri kita yang mengaku menjadi warga penulis di negeri Pahang Darul Makmur ini.

Waktu untuk kita bersembang-sembang terus sambil menghayati segala ingatan manis itu sudah selesai. Tugas kita sebagai penulis ialah menulis terus. Tanpa menulis kita bukanlah seorang penulis.

Tetapi menulis semata-mata kerana mahu menulis tanpa terlebih dahulu memperbetulkan niat tentulah tidak akan membawa kita kemana-mana, kecuali kita hanya akan jadi Tukang-Tukang Sembang atau Tukang-Tukang Siul- yang merdu sekali menjadi halwa telinga tetapi kosong isi dan maknanya.

Dan untuk tidak menjadi sekadar seorang Tukang-Tukang Sembang atau Siul, tentulah kita terpaksa berjalan jauh. Dan jalan jauh itu tidak mungkin dipendekkan hanya dengan suatu Hari Keramat. Malah meski seribu pun Hari Keramat bakal ada, itupun belum tentu menjanjikan apa-apa jika diri kita yang mengaku penulis tidak sungguh-sungguh mahu memperbaiki diri!!!!!!!!!!!

7 November 1987


2 ulasan:

  1. KALONG masih gah dan megah kelihatan walaupun ia edisi 20 tahun lebih dahulu. Bagaimana wajah Kalong sekarang di dekad ini. Teringin rasa memilikinya. Apa bolehkah puan S/U kirim setiap naskah kepada saya. Saya sedia membiayai pengirimannya.

    BalasPadam
  2. Sudah setahun aku menggapai
    dari masihi 2009
    pun 2010 telah pergi
    aku diambang 2011
    masih menanti.

    BalasPadam